Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kerajaan akan Adakan Libat Urus Sebelum Laksanakan Gaji Minima

By 25 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak sebelum pelaksanakan kadar gaji minimum RM 1500 pada 1 Mei ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, sesi itu bagi memudahkan pihak Kementerian Sumber Manusia membuat segmentasi sektor-sektor yang terlibat dengan pelaksanaan gaji minimum.

“Kita telah kenal pasti terlebih dahulu syarikat-syarikat yang mampu melaksanakan gaji minimum ini, jika ada majikan yang mungkin terjejas dengan pelaksanaan gaji minimum kita akan bawa bincang dan mengambil tindakan serius supaya syarikat itu tidak gulung tikar.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kerajaan membantu majikan dengan pelbagai skim bantuan agar mereka tidak membuang pekerja dan menutup operasi terutama semasa pandemik COVID-19,” katanya yang ditemui semasa membuat Lawatan Kerja Ke Asian Supply Base Sdn Bhd, pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda