Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin/Mohd. Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia Daerah Langkawi (PDRM) telah mengadakan Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 peringkat daerah Langkawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Shariman Ashari, seluruh warga PDRM sentiasa “SEDIA BERKHIDMAT’’ dan berdiri teguh untuk memantapkan sistem perkhidmatan pasukan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat.
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama bagi menjayakan majlis sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 215 peringkat daerah Langkawi.
Antara acara yang berlangsung ialah perbarisan, persembahan daripada Unit K9 Bahagian Siasatan Jenayah dan pemeriksaan kawalan kehormat. Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota lain-lain pangkat (LLP) dan orang awam.
-ZS-