Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kerajaan Prihatin dengan Warga Rimbunan Kaseh, Kuala Abang

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Keprihatinan kerajaan negeri kepada warga Rimbunan Kaseh, Rantau Abang terbukti apabila berjaya menyerahkan kunci dan surat Tawaran Rumah Mampu Milik (RMM) kepada 85 peserta dan surat tawaran kepada sepuluh penghuni dalam Majlis Penyerahan Kunci Dan Surat Tawaran RMM Rimbunan Kaseh yang telah diadakan di Dewan Terbuka RMM Rimbunan Kaseh Rantau Abang, Dungun, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Azman Ibrahim.
“Projek terdiri daripada 100 unit rumah dengan kawasan persekitaran yang dilengkapi dengan rumah tradisional Minangkabau, surau dan dewan serbaguna,” kata Dr Azman Ibrahim ketika berucap merasmikan majlis.

Beliau dalam pada itu, berharap agar penduduk akan dapat menikmati hidup yang harmoni serta mengimarahkan surau dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda