Laporan/foto: Zamri Abd Razak/Ahmad Nazri Ramli (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Terengganu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontijen Terengganu mengadakan Program Bridge To Bridge-PDRM Charity Ride 2022 bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Program ini bertujuan merapatkan hubungan masyarakat bersama PDRM, menyuburkan gaya hidup sihat, membantu menaikan pelancongan negeri ini seterusnya mengumpul sumbangan bagi membantu mangsa banjir yang melanda negeri ini.
Program Kayuhan julung kali dianjurkan ini melibatkan penyertaan daripada seluruh negara melibatkan dua kategori iaitu kategori VIP dengan jarak 20 kilometer dan kategori umum melibatkan kayuhan jarak 65 kilometer.
Turut menyertai kayuhan tersebut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa.
-ZS-