Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Ketua Kampung Disaran Bantu Jelaskan Isu kepada Komuniti

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Para Ketua Kampung di Labuan diharapkan boleh membantu kerajaan menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan di peringkat komuniti.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil, pihaknya akan cuba membantu melengkapkan para ketua kampung dengan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Taklimat Isu-Isu Semasa anjuran jabatan itu semalam di Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Labuan.

Pada program itu, wakil dari Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menyampaikan taklimat mengenai isu-isu kepenggunaan manakala wakil dari Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Labuan pula menyampaikan taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

-ZS-

Tinggalkan komen anda