Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

KL Dilanda Banjir Kilat

By 7 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/JBPM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat selepas mengalami hujan lebat sehingga jam 6.25 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, berkata kawasan terlibat adalah Jalan Kuchai Lama, Jalan Air Keroh-Air Panas, Jalan Leboh Ampang, Taman Salak Selatan, Taman U-Thant, Taman Sri Petaling, Jalan Cheras Batu 2 1/2 dan Kampung Periuk dan Kampung Pasir.

Anggota Bomba berusaha memindahkan mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan petang ini.

Anggota Bomba berusaha memindahkan mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan petang ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pihaknya turut menerima laporan banjir kilat di Jalan Cheras Batu 2 1/2 hingga menyebabkan tebing runtuh di sebuah taska.

Sementara itu, 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Hang Tuah dan Pantai dikejarkan ke Jalan Kuchai Lama sebaik menerima laporan banjir sehingga paras dua meter.

-ZS-

Tinggalkan komen anda