Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Komuniti Keluarga Malaysia Menerima Informasi Berkenaan Perlindungan Tenang Voucher (PTV) untuk B40 Menerusi Program IOW Diskopi

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suria Karim/Anuar Che Amat (Perlis)

UJUNG BUKIT, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Negeri Perlis kini bergerak aktif melalui Program Info On Wheels DISKOPI bagi memberi penjelasan dan maklumat berkaitan kewujudan Perlindungan Tenang Voucher (PTV) di bawah Bajet 2022.

Program yang melibatkan ahli Jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia Parlimen Kangar yang terdiri daripada 15 buah komuniti daripada keseluruhan bagi negeri Perlis sebanyak 45 buah.

Program Baucer Perlindungan Tenang ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

Bermula 1 Januari 2022, penerima Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) yang layak boleh menebus boucer RM75.00 untuk pembelian insuran/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc kebawah.

Selain dari itu, maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda