Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pelajar dan Pengawas Perlu Jujur Ketika Mengisi Borang Deklarasi COVID-19 bagi Melancarkan Pengurusan Peperiksaan SPM

By 2 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KUALA PERLIS, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 3,598 orang calon mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun 2021 di 36 buah pusat peperiksaan di seluruh Negeri Perlis.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Encik Naharuddeen Othman seramai 272 orang petugas peperiksaan telah di lantik dengan meliputi 8 orang Penyelia Kawasan dan 36 orang Ketua Pegawas serta 228 terlibat sebagai Pengawas.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis juga telah bersedia dengan pengawas simpanan untuk di hantar ke pusat-pusat peperiksaan sekiranya pegawas asal di dapati positif COVID-19.

Beliau yang di temui ketika membuat tinjauan di Sekolah Mengengah Kebangsaan Kuala Perlis pada hari ini, menasihatkan kepada calon dan pengawas peperiksaan supaya jujur ketika mengisi borang Deklarasi COVID-19 supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku .

Di SMK Kuala Perlis, seramai 161 orang calon menduduki peperiksaan SPM 2021 dan calon SPM bagi seluruh negara adalah 407,097 orang pelajar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda