Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)
AMPANG, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Limpahan air berwarna hitam dan berbau busuk memenuhi lorong-lorong jalan perumahan yang terlibat dalam bencana tanah runtuh kelmarin. Kejadian berlaku sejurus selepas hujan lebat berhenti di kawasan tersebut.
Penduduk yang telah mula berpindah masuk semula ke kediaman masing-masing berasa tidak selesa dengan kejadian tersebut kerana mengganggu ketenteraman mereka yang ingin berehat di rumah setelah penat bekerja dan melakukan pembersihan susulan.
Tidak dapat dipastikan sama ada limpahan air tersebut berpunca daripada kuantiti air dalam tanah selepas hujan lebat melanda atau loji kumbahan yang berada berdekatan perumahan telah mengalami kebocoran yang tidak dijangka. Mereka berharap satu siasatan dan tindakan pantas diambil bagi meredakan masalah tersebut.
-ZS-