Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tuanku Hajah Haminah Berkenan Mengurniakan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Daerah Yan

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) berkenan mengurniakan sumbangan persekolahan kepada 20 orang anak-anak yatim dari lima mukim dalam daerah Yan semalam.

Masing-masing menerima sumbangan berupa sepasang pakaian sekolah, wang tunai dan hamper kurniaan daripada Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah, juga merupakan Penaung Diraja kepada YAYSH .

“Diharapkan bantuan ini dapat membawa keriangan kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah selain memberi galakan kepada mereka agar lebih bersemangat menimba ilmu dan lebih berjaya di masa hadapan,” kata Pegawai Daerah Yan, Mohd Shubhi Abdullah dalam ucapannya di majlis itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda