Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Penggiat Seni Mampu Tanam Nilai Murni dalam Masyarakat

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Para penggiat seni di wilayah itu mampu menanamkan nilai kemanusiaan dan murni dalam masyarakat.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil, karya seni mampu membentuk jati diri rakyat pelbagai kaum negara ini.

“Melalui karya seni yang pelbagai, kelompongan dalam masyarakat terutama dalam soal mengukuhkan jati diri individu dan bangsa dapat ditangani sekaligus menjurus ke arah pembinaan negara bangsa yang lebih berbudaya.

“Maka dengan itu, kami menyeru kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya-karya yang boleh membentuk generasi berkualiti sekali gus mengangkat martabat dan seterusnya dijadikan aspirasi negara,” katanya semasa merasmikan Program Rakan Strategik Bersama Seniman Wilayah Persekutuan Labuan 2022, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda