Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Mangsa Banjir Bersihkan Kediaman Masing-masing

By 2 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Banjir yang melanda Daerah Hulu Terengganu hampir pulih sepenuhnya, majoriti mangsa banjir mula pulang ke kediaman bagi melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman rumah masing-masing.

Di Kampung Bukit Gemuruh dan kampung sekitar yang teruk di landa banjir, penduduk menanggung kerugian yang agak tinggi akibat banjir besar kali ini.

Bagi Shahrul Kassim, ini adalah kali pertama dalam hidup beliau banjir seteruk ini melanda Kampung Bukit Gemuruh sehingga keretanya dihanyutkan oleh arus banjir ke dalam parit.

“Air banjir yang melanda dianggarkan setinggi 10 kaki di rumah dan mengakibatkan hampir semua peralatan rumah tidak boleh dipakai,” katanya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda