Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)
SERDANG, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT), MAEPS Serdang telah beroperasi sejak 25 Februari 2022 bertujuan untuk merawat pesakit COVID-19 berisiko rendah dan menjadi antara strategi penampan ketika gelombang Omicron yang melanda khususnya di kawasan Lembah Klang.
Pengarah PKRC ZWT, Dr. Farwahn Fairis Ab Karim berkata, PKRC ini memuatkan kapasiti katil sebanyak 850 buah yang menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 bagi kategori 1, 2A dan 2B setakat ini.
Tambah beliau, seramai 363 orang petugas kesihatan dan agensi kerajaan lain telah dimobilisasi untuk ditugaskan bagi menjayakan pengoperasian PKRC ini.
-ZS-