Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MDDNM Komited Teruskan Usaha Kebajikan di Bulan Ramadan

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) menganjurkan Program Kebajikan Sumbangan Ramadan 2022 tanpa mengira bangsa, etnik dan agama di bulan Ramadan.

Program kebajikan ini bertujuan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di bulan Ramadan ini di Negeri Melaka melalui pakej bantuan ke setiap Pejabat Japerun bagi urusan pemberian bantuan terus kepada rakyat mengikut mukim dengan kolaborasi bersama pentadbiran Pejabat Daerah dan Penghulu di setiap mukim.

Selain itu, hasil sinergi erat antara MDDNM dengan penyumbang-penyumbang, Pegawai-pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Syarikat-syarikat korporat dan penaja seperti Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd, sedikit sebanyak telah membantu MDDNM menyediakan 870 kit makanan untuk diagihkan di bulan Ramadan.

Melaka Truckers Club juga turut bersama-sama membantu melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama MDDNM malam tadi bertempat di Dewan Seri Bendahara Ayer Keroh dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Sulaiman Md Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda