
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul
KUANTAN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan satu lagi inisiatif kerajaan negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 iaitu Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) dengan peruntukan sejumlah RM20 juta, di sini hari ini.
“Skim I-PUSH yang akan dilaksanakan ini dapat memanfaatkan lebih 2,500 penerima usahawan mikro negeri Pahang yang terjejas ekoran pandemik Covid-19,” ujar Wan Rosdy.
Tambah beliau, bagi mengurangkan beban pemohon, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan.
Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000 berdasarkan syarat-syarat kelayakan.
-ZS-