Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Mural Menarik Tarikan Terbaru di Perai

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan

PERAI, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Mungkin ada yang belum tahu terdapat satu mural terbaru karya anak gadis muda tempatan di Taman Chai Leng.

Bagi mereka yang gemar mengambil gambar sudah tentu mural ini akan menjadi lokasi pilihan untuk bergambar dan dimuatnaik di media sosial.

Mural yang bertemakan makanan tempatan ini dilukis di tembok sepanjang kira-kira 100 meter berhadapan dengan Hotel Pearl View di Taman Chai Leng, Perai.

Menurut Syal Sepehee, pelukis mural, beliau telah dijemput oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi mencantikkan dinding tersebut dengan lukisan variasi makanan tempatan.

Syal yang juga merupakan pelukis sepenuh masa telah mengolah idea daripada pihak MBSP dengan gabungan warna yang berkaitan negeri Pulau Pinang.

Apabila ditanya mengenai cabaran semasa melukis, beliau memberitahu bahawa faktor cuaca yang panas dan hujan menjadikan dia agak sukar untuk melukis walaupun lukisan tersebut hanyalah di atas permukaan tembok yang rendah.

Bagaimanapun, lukisan tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh masa 10 hari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda