Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Muhamad Hafiz Muhamad (Klang)
KLANG, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang usahawan turut serta dalam Program Pasar Agro yang diadakan di Wisma Persekutuan Klang, di sini hari ini.
Pegawai Pertanian Daerah Klang, Ahmad Nazri Abdullah Zawawi, berkata, program bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang ini untuk membantu para usahawan menjual secara terus produk mereka tanpa melalui orang tengah.
Malah, katanya pembeli juga dapat membeli bahan mentah yang segar dari ladang dengan harga berpatutan di program seumpama ini di lokasi-lokasi terpilih yang diselia Jabatan Pertanian.
Antara produk yang dijual adalah ikan, ayam dan ternakan segar lain di samping sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta produk asas tani yang lain.
-ZS-