Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)
DUNGUN, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Memasuki hari keempat Kejohanan Jelajah Terengganu, Tour Gateh D’ Tranung 2022 menyaksikan Pelumba Sapura Cycling, Muhamad Nur Aiman Rosli melakukan sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi peringkat ketiga kejohanan tersebut.
Perlumbaan yang bermula dari Marang ke Dungun sejauh 145.5 kilometer tersebut turut menyaksikan pelumba-pelumpa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Fauzan Ahmad Lutfi dan Mohd Elmi Jumari menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori bawah 23 tahun diungguli pelumba Terengganu Test Team, Muhamad Faisal Izuddin, Pelumba Kelantan di tempat kedua, Muhamad Shukri Jimy dan Zulhilmi Zainu dari pasukan Sukma Selangor meraih tempat ketiga.
Juara peringkat ketiga Tour Gateh D’ Tranung 2022, Muhammad Nur Aiman Rosli juga membuktikan kehebatanya dengan memenangi jersi kuning, hijau dan merah manakala jersi putih menjadi milik pelumpa Kuala Lumpur, Chiong Jia Chong.
-ZS-