Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Kesedaran HIV Bagi Penjawat Awam

By 24 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/PKD Marang

MARANG, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah mengadakan Program Kesedaran HIV bagi penjawat awam di Pejabat Daerah Agama Daerah Marang, semalam.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam terutamanya dalam kalangan penjawat awam mengenai bahaya penyakit HIV serta akibat yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Selain itu, turut disampaikan mengenai kaedah pencegahan yang perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat khususnya penjawat awam supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang tidak bermoral dan boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Payong, Dr. Faradilla Md Tahir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda