Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program ‘Go To Safety Point’ (GTSP) Beri Kesedaran Keselamatan

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis (Seremban)

SEREMBAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dengan kerjasama stesen Petronas Bandar Baru Nilai pada hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran ‘GO-TO-SAFETY POINT’ (GTSP) yang telah dirasmikan oleh YDH Supt Mohd Fazley Bin Ab Rahman, Ketua Polis Daerah Nilai.

GTSP adalah program kerjasama Polis Daerah Nilai bersama stesen minyak seluruh daerah Nilai dengan tujuan utama untuk memberi pendedahan kepada kakitangan stesen minyak tentang bantuan kecemasan kepada orang awam, prosedur keselamatan dan pencegahan jenayah.

Demo dan sketsa keselamatan juga turut diadakan pada hari ini bagi mewujudkan kesedaran terhadap jenayah yang mungkin akan berlaku di stesen minyak.

Turut hadir ialah Pejabat Penerangan Daerah Seremban, Bomba Dan Penyelamat Nilai, pengusaha-pengusaha Petronas serta badan bukan kerajaan seluruh Nilai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda