Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelancaran Buku Sejarah dan Perkembangan DUN Terengganu

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan “Buku Sejarah dan Perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu” di Hotel Primula, Kuala Terengganu semalam.

Buku Sejarah dan Perkembangan DUN Terengganu yang diterbitkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah buku kedua selepas buku pertama yang berjudul Pemantapan DUN -Perkembangan Masa Depan yang dilancar kira-kira dua tahun lalu.

Buku yang dilancarkan mengandungi himpunan sejarah perkembangan badan legislatif Negeri Terengganu sejak pertama kali diwujudkan secara rasmi pada tahun 1959.

Selain itu, buku itu turut memuatkan foto bersejarah perasmian persidangan DUN, perkhidmatan Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sejarah perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri kali pertama hingga keempat belas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda