Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)/Pusat Khidmat DUN Kijal
KEMAMAN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 96 peserta yang terdiri daripada guru-guru Al-Quran, iman dan bilal telah menyertai Program Bengkel Tahsin Al-Quran yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, Universiti College TATI (UC TATI) Kemaman, semalam.
Bengkel tersebut dirasmikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh dan telah dikendalikan oleh Pengarang Kitab “Miftah Qiraat Sab’ah”, Muhad Bidin.
Bengkel ini merupakaan anjuran Pejabat Penyelaras DUN Kijal dengan kerjasama Akademik Didik Ulama Amilin Terengganu-DUAT, Pejabat Agama Daerah Kemaman serta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
-ZS-