Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelbagai Aktiviti Diadakan dalam Program ‘Outreach’ Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Setiu

By 18 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)/Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu

SETIU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawan Jamin Kerja Rakyat Terengganu Edisi Daerah Setiu telah menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan pencarian kerja khususnya bagi golongan belia di Daerah Setiu.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 16 Mac itu telah menawarkan lebih 1500 jawatan kosong oleh beberapa syarikat melalui temuduga yang dijalankan di situ.

Pada program itu juga, PERKESO turut menawarkan Insentif kewangan RM300 bagi pencari kerja yang sedang aktif mencari pekerjaan di samping inisiatif jaminkerja kepada mereka yang hadir.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman di Dewan Terbuka Majlis Daerah Setiu (MDS) Sungai Tarom, Setiu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda