Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kejadian Banjir Lumpur Setiap Kali Hujan Lebat Berlaku

By 19 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

AMPANG, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Setiap kali berlakunya hujan lebat, kawasan perumahan Jalan Mega 15, Taman Mega Jaya akan mengalami banjir lumpur.

Banjir lumpur ini telah tiga kali berlaku selepas kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 pada 10 Mac yang lalu akibat daripada laluan air terhalang daripada memasuki longkang utama kawasan perumahan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan KDEB Waste Management telah melakukan kerja-kerja pembersihan lumpur dan pasir secara berterusan akibat daripada hujan lebat yang berlaku hampir setiap hari. Sebelum ini juga, pihak MPAJ telah membuat benteng laluan air menggunakan 150 kampit guni namun kejadian banjir lumpur masih berlaku.

Penduduk berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera yang lebih efisen dalam memastikan banjir lumpur ini tidak berulang lagi. Setiap kali berlakunya hujan lebat, kawasan rumah mereka dipenuhi lumpur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda