Laporan/Foto: Nor Juliana Jamri/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)
AMPANG, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Teratai melakukan operasi semburan pengabutan lewat petang semalam bagi mencegah nyamuk aedes dan penularan demam denggi di sekitar pos kawalan petugas keselamatan yang mengawal di kawasan sekitar tanah runtuh Taman Bukit Permai 2.
Kawasan yang terlibat bagi operasi semburan pengabutan ialah Jalan Teratai 1/2J, Jalan Teratai 1/2K, Jalan Bukit Permai 2/1 dan Jalan Bukit Permai 2/2.
Operasi ini dilakukan kerana mendapat aduan terlalu banyak nyamuk daripada pasukan petugas yang mengawal sekitar kawasan tanah runtuh Taman Permai 2. Operasi semburan selesai dilakukan sekitar jam 8.00 malam.
-ZS-