Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Solat Sempurna Membentuk Pelajar Cemerlang

By 6 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Bin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Program “Oh My Solah” ini dianjurkan oleh Pusat Islam Al Kauthar Politeknik Nilai dan melibatkan semua pelajar baharu Sesi II 2021/2022.

Program bermula jam 8.00 pagi dan antara pengisian program ialah ceramah oleh penceramah jemputan dari Politeknik METRO Kuala Lumpur (PMKL), Al Fadhil Ustaz Alif yang bertajuk ‘Refresh Syarat Sah dan Rukun Solat’ dan demostrasi cara solat yang betul oleh peserta.

Program diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1: Kesempurnaan Rukun Fi’ili, LDK 2: Bacaan Dalam Solat dan diakhiri dengan LDK 3 : Kesempurnaan Wuduk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda