Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)
BATU MAUNG, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Pukat jerut digunakan oleh kebanyakan nelayan pesisir pantai dan laut dalam sebagai peralatan utama untuk menangkap ikan kerana ianya lebih efisyen sekaligus membantu nelayan mendapatkan hasil tangkapan yang lebih lumayan.
Bukan itu sahaja, operasi menangkap ikan turut dijalankan dengan bantuan peralatan moden seperti sonar jika nelayan mahu ke perairan lebih jauh dari pantai.
Namun, pukat itu perlu kerap diperiksa dan segera diselenggara oleh anak-anak kapal semasa bot berhenti di mana-mana jeti pelabuhan kerana jika pukat rosak atau terkoyak ianya akan menjejaskan hasil tangkapan.
-ZS-