Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PICKids Sri Aman Capai 75.9 Peratus

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SRI AMAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 75.9 peratus kanak-kanak yang layak di daerah Sri Aman telah menerima vaksin melalui program PICKids sejak ianya dimulakan awal Februari lepas.

Setakat semalam, laporan pencapaian PICKids di Sarawak adalah seramai 57.1 peratus berdasarkan populasi kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun.

Daerah Meradong mencatatkan peratusan tertinggi dengan 82.5 peratus populasi kanak-kanak di daerah tersebut telah divaksin sekurang-kurangnya dos pertama manakala Daerah Baram pula menjadi daerah yang terendah kadar vaksinasi PICKids dengan hanya mencatatkan 36.8 peratus populasi kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda