Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gotong-royong Bersihkan Tanah Perkuburan Islam

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 60 penduduk kampung terlibat dalam program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jabur Kubur anjuran Pejabat Agama Daerah Kemaman, pagi tadi.

Program yang diadakan sempena Kempen Penghayatan Ibadat Solat Daerah Kemaman ini mengambil masa hampir lima jam untuk diselesaikan segala kerja-kerja pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat turut hadir menjayakan program tersebut.

ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda