Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Vicky Matanjang (Sabah)
KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Sabah mencatat jumlah kes kebankrapan yang rendah berbanding negeri-negeri lain.
Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI), Datuk Anita Harun berkata setakat ini, Sabah merekodkan lebih kurang 12,000 kes kebankrapan berbanding kes di seluruh Malaysia yang berjumlah lebih kurang 294,000 kes.
Menurutnya, kebanyakan kes bankrap di Sabah melibatkan golongan lelaki berumur 40 tahun ke atas dan sebab utama adalah hutang pinjaman peribadi.
“Oleh itu, individu bankrap perlu hadir ke pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mencari penyelesaian,” katanya.
Anita berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
-ZS-