Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sarjan Misai, Mak Mah Dirai Sempena Hari Seniman Negara

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Selain memperingati jasa dan sumbangan seniman teragung tanah air Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Hari Seniman Negara juga disambut bagi meningkatkan kesedaran dan apresiasi masyarakat dalam menghargai seni budaya negara.

Peringkat Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (WPKLP) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meraikan dua pelakon veteran yang telah mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak tahun 1960-an.

Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘A. Galak’ atau ‘Sarjan Misai’ dan Ruminah Sidek yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Mah’ berkongsi pengalaman suka duka mereka dari seorang yang tidak dikenali hinggalah dikenali ramai.

Turut hadir, Pengarah Penerangan WPKLP, Lim Ann Teck; Pengarah Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan FINAS, Noorzillawati Yahya dan Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan, Alyas Roy Haji Amir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda