Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SABATI Antara 140 Meriah Sambutan Hari Wanita

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Denny Asip/Denis Etem (Sarawak)

BAU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Persatuan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI) adalah antara 140 wanita yang hadir memeriahkan program Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Bau, di sini, semalam.

Program anjuran Pertubuhan Wanita Daerah Bau dan SABERKAS Cawangan Tasik Biru turut menyediakan pengisian program yang melibatkan komuniti setempat dengan mengadakan jualan kraftangan, makanan tradisi dan sukaneka.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran isteri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datin Christina Esnu Mied yang turut berzumba sekaligus menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda