Laporan/foto: Rudy Jaya (Sarawak)
BINTULU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Tuan Johnny Pang Leong Ming telah hadir merasmikan pelancaran Program Sarawak X-Tive Peringkat Daerah Bintulu, di sini, baru-baru ini.
Pelbagai agensi kerajaan dan komuniti menyertai acara simbolik senamrobik secara beramai-ramai bagi mengukuhkan hubungan silaturahim serta menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan lebih berkualiti.
Terdahulu, Program Sarawak X-Tive adalah program anjuran bersama Pejabat Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu.
-ZS-