Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sesi Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Peserta ECER dan Lawatan Projek Pembangunan Teluk Lipat

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta dan Kakitangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melakukan tinjauan projek pembangunan Teluk Lipat, di sini, semalam.

Beliau yang tiba di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER Dungun dengan menaiki bas dari Pejabat Daerah dan Tanah Dungun yang terletak kira-kira 2.5 kilometer (KM) dari pusat latihan ini selepas mempengerusikan Pra-Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC ECER) Negeri Terengganu.

Ketika di Pusat Latihan ECER, beliau turut melawat pameran dan kelas Kecantikan Dan SPA, Kelas Bakeri dan Pastri serta berpeluang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Master Chef empower ECER-MEKAR dan Anugerah Peserta Terbaik PENJANA – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), sebelum meninjau projek pembangunan ECERDC di Teluk Lipat, Dungun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda