Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

“Kedah Digital Library” – Perpustakaan Dalam Taman

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/ Syafiq Razi (Kedah)

ALOR SETAR, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Pembukaan Perpustakaan Digital Kedah (PDK) di Taman Jubli Perak sejak Januari lalu berjaya membawa fasa baharu Evolusi Perpustakaan kepada penduduk Negeri Kedah.

Dilengkapi pelbagai teknologi dan fasiliti moden serta koleksi digital. PDK yang terletak di Jalan Menteri, Taman Jubli Perak yang dikelilingi dengan pokok- pokok hijau yang dapat memberi inpirasi kepada para pengguna yang datang kesini..

Menurut Pembantu Pustakawan disini, Syazatul Nisha berkata pelbagai kemudahan disediakan di perpustakaan berkenaan termasuk tempat belajar, bilik mesyuarat dan bilik permainan ilmiah yang menggalakkan pembelajaran secara digital.

PDK turut menawarkan satu juta bahan bacaan dalam koleksi e-book dengan yuran tahunan ahli cuma RM30. Bagi pelajar dan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas, yuran tahunan hanya RM15, kanak-kanak (RM10), manakala warga asing atau pelancong adalah sebanyak RM50 setahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda