Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wanita Sebagai Pemangkin Generasi Unggul

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun dengan pelbagai program bagi menghargai sumbangan wanita kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Begitu juga dengan Jiran Wanita Seri Menanti yang telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita pada 13 Mac 2022 bertempat di Seri Menanti Resort.

Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya tutorial gubahan bouquet coklat, pertandingan teka kacang, ceramah agama serta taklimat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seri Menanti, Shahrom Shamsuddin, program sebegini dianjurkan sebagai salah satu daripada cara untuk menghargai jasa serta pengorbanan wanita yang sentiasa bergerak dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya.

Majlis juga turut disertai lebih daripada 50 wanita serta ketua keluarga yang terdiri daripada komuniti setempat, ketua jabatan dan ahli kawasan Rukun Tetangga Seri Menanti.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seri Menanti, Datuk Abdul Samad Ibrahim. Turut di serta oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Pilah, Abdul Khalid Ujang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda