Laporan/foto: Haniff Tukija (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Skuad Anti Dadah (Skuad) daerah Sabak Bernam mengambil inisiatif menanam pokok Bakau untuk mengekalkan ekosistem.
Program yang dijalankan di Sungai Air Tawar, di sini untuk memupuk kerjasama disamping menjadi mata dan telinga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pegawai (AADK) Daerah Sabak Bernam, Zulazli Hashimuddin, berkata aktiviti berkenaan mampu menjadi antara aktiviti alihan (diversion) kepada golongan remaja yang berisiko terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Katanya, selain berperanan sebagai ejen anti dadah AADK, Skuad juga turut turun padang menjalankan tanggungjawab sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat setempat.
-ZS-