Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)
SIK, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang pelajar daripada seluruh daerah ini mendapat manfaat menerusi Program Back to School anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik dengan kerjasama Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Sik (Pertiwi Desa).
Menurut Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, sebanyak RM15 ribu diperuntukkan untuk program ini yang bertujuan bagi memperkasakan pendidikan anak-anak daripada golongan B40.
Baucer RM150 berupa kelengkapan seperti set lengkap baju dan kasut, beg sekolah, alat tulis serta buku-buku itu juga bertujuan untuk membantu pelajar agar bersedia dan bersemangat bagi memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.
-ZS-