Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tempat Kerja Bebas Dadah

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Pulau Pinang)

NIBONG TEBAL, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kekangsaan Daerah Seberang Perai Selatan adalah bertujuan memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja.

Program yang diadakan di Pejabat AADK Daerah Seberang Perai Selatan adalah bagi mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja.

AADK menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan dengan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911223 atau 019-6262233.

-ZS-

Tinggalkan komen anda