Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Mohamad Syafiq Razi (Alor Setar)
ALOR SETAR, 26 April ( Malaysiaaktif) – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.
“Akan berlaku peningkatan kenderaan di atas jalan raya kerana anak-anak jati negeri Kedah pasti akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat bersama disebabkan COVID-19,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah Azman Nasrudin.
Azman hadir merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu bersempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah di Lorong Che Det, di sini semalam.
-ZS-