Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Majlis Berbuka Puasa Komuniti Keluarga Malaysia Mukim Pulau Rusa Eratkan Hubungan

By 26 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Haimi Hariss (Pahang)

PEKAN, 25 April (Malaysiaaktif) – Majlis berbuka puasa anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Mukim Pulau Rusa dan Pejabat Penerangan Daerah Pekan menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli komuniti.

Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB Dato’Khairuddin Mahmud menyifatkan penganjuran majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Secara tidak langsung konteks Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dapat diperkukuhkan lagi menerusi majlis sebegini,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada penduduk sebelum majlis berbuka puasa bersama ahli KKM Mukim Pulau Rusa.

Hadir sama ke program ini adalah Penghulu Mukim Pulau Rusa merangkap Pengerusi KKM Pulau Rusa, Syafullah bin Lokman serta Pengerusi-Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Mukim Pulau Rusa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda