Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Tarmizi (Sik)
SIK, 6 April (Malaysiaaktif) – Seramai 105 penerima terdiri daripada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur di daerah ini menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah di Masjid Al Irfan, Gajah Puteh, di sini semalam.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mereka yang diraikan adalah watak-watak yang sangat penting dalam kehidupan sejak sekian lama.
“Sumbangan yang disampaikan itu adalah sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan yang banyak berjasa kepada agama dan masyarakat setempat.
“Ianya merupakan tradisi kerajaan Kedah yang dipelopori sejak 2009 lagi,” katanya.
Lima buah masjid di DUN Jeneri turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000 setiap masjid iaitu Masjid Al Irfan Qariah, Masjid Al Maa’rif, Masjid Tajuddin, Masjid Al Falah dan Masjid Al Muttaqin bagi tujuan pengurusan.
-ZS-