Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bazar Ramadan Taman Sri Andalas Pilihan Pengunjung

By 5 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Badarudin Shuib (Klang)

KLANG, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, di sini menjadi pilihan orang ramai di kawasan sekitar untuk mendapatkan pelbagai pilihan juadah dan makanan.

Penjawat awam, Azura Rashid, 35, berkata beliau akan akan membeli lauk-pauk dan kuih-muih kerana kesuntukan masa untuk memasak.

“Walaupun harga makanan tahun ini sedikit meningkat, namun kita niat untuk bantu sesama kita,” katanya.

Sementara itu, peniaga Roti John, Yusri Che Lah, 39, pula memaklumkan kenaikan harga makanan tahun ini disebabkan kenaikan harga bahan mentah.

“Kenaikan harga telur ayam dan bahan-bahan lain menyebabkan harga Roti John yang saya jual terpaksa dinaikkan 30 peratus,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda