Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

4,000 Warga Labuan Terima Bantuan Aidilfitri MAIWP

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 20 April (Malaysiaaktif) – Seramai 4000 orang penerima bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima bantuan Aidilfitri sebanyak RM800.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Keseluruhan bantuan Aidilfitri tersebut pada tahun 2022 adalah berjumlah RM3.2 juta.

“Sebanyak RM300 sudah dikreditkan ke dalam akaun penerima pada awal Ramadan yang lalu, manakala baki sebanyak RM500 lagi akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang akan dimaklumkan kelak.

“Fokus utama MAIWP bukan sahaja tertumpu kepada aspek mengagihkan bantuan semata-mata, malah MAIWP sentiasa berjuang dalam memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan sosio-ekonomi dan juga pembangunan modal insan dalam masyarakat Islam melalui program-program yang diperkenalkan,” katanya semasa merasmikan Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf di Masjid Al-Munawwar, Kampung Pohon Batu, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda