
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)
TANAH MERAH 17 April (Malaysiaaktif) – RM2.94 juta telah diperuntukan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah bandar yang bersih dan sihat
Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man peruntukan itu adalah sebahagian daripada 141 PBT yang diberikan peruntukan 35 juta di bawah Progarm Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi.
“Negara telah bertekad bagi mencapai pelepasan gas rumah kaca siber bersih seawal tahun 2050.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Black Soldier Fly di Bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) di Tapak Pasar Borong Tanah Merah pagi ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sektar, Mohd Saripudin Ismail serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Majis ini anjuran Majlis Daerah Tanah Merah bersama kerajaan Negeri Kelantan, Kementerian Alam Sekitar dan Air serta kerjasama Kelantan Utlities Mubarakan Holding Sdn Bhd.
-ZS-