Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Anggota Barisan Hadapan Perlu Sentiasa Capai Kesepakatan

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)

BERA, 22 April (Malaysiaaktif) – Anggota barisan hadapan perlu sentiasa mencapai kesepakatan dalam mengurus bencana terutama bencana banjir yang melanda negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang YB Datuk Sri Norol Azali Sulaiman mengharapkan kerjasama yang baik antara agensi-agensi barisan hadapan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) kerana ia dapat mengatasi kerungsingan masyarakat yang berdepan dengan situasi sukar terutama apabila berdepan dengan bencana yang melibatkan keselamatan nyawa serta harta benda awam.

“Saya berterima kasih kepada semua anggota barisan hadapan yang membantu masyarakat dalam situasi pandemik COVID-19 dan juga bencana banjir yang melanda daerah ini,”katanya di Majlis Berbuka Puasa Bersama JPKK, JKKR, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda , Ketua-ketua Jabatan Daerah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Bera, di sini, semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Bera YH DatUK Zaman Azam Mohd Sarif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda