Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jelebu Bakal Terima Masjid Baharu Bernilai RM 8.85 Juta

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 22 April (Malaysiaaktif) – Umat Islam di Jelebu berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana bakal menerima masjid baharu yang dijangka siap pada tahun 2024.

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu Daerah Jelebu ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Jelebu (JTPD) di bersebelahan Kompleks Agama Islam Jelebu.

“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana merialisasikan impian umat Islam Jelebu,” ucap beliau ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu.

Masjid baharu ini mampu menampung seramai 1000 orang jemaah dalam satu- satu masa yang didirikan diatas tanah seluas 4.88 hektar dengan kos sebanyak RM8.85 juta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda