Laporan/foto: Fasharina Kholil/PDK Nur Jannah (Sik)
SIK, 22 April (Malaysiaaktif) – Suatu masa dahulu, lidi sering digunakan sebagai alat penunjuk Al-Quran. Namun begitu, seiring dengan perubahan masa, alat tersebut turut sama berubah ‘wajah’.
Menurut Penyelia Pertubuhan Dalam Komuniti (PPDK) Nur Al Jannah Felda Teloi Timur, Nur Fadliah Saidin, penunjuk Al-Quran merupakan salah satu produk kraftangan PPDK Nur Al Jannah.
“Penunjuk ini dihasilkan sendiri oleh pelatih-pelatih OKU kami. Kraftangan ini sebagai salah satu cara kami meningkatkan kemahiran motor halus para pelatih.
Tambahnya lagi, penunjuk Al Quran kini lebih menarik dan berwarna-warni bagi menarik minat kanak-kanak.
-ZS-