Laporan/foto: Mawarni Ismail/Ain Mohd Zain (Perak)
TANJUNG PIANDANG, 16 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang menerima bantuan menjelang sambutan Aidilfitri di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang pada hari ini yang dirai dalam program bersama Persatuan Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Bagan Serai.
Mereka yang terpilih menerima bantuan tersebut terdiri daripada golongan asnaf dari 5 buah keluarga yang melibatkan 24 buah kampung di seluruh DUN Kuala Kurau.
Sumbangan berupa duit raya daripada Pelitawanis dan barangan keperluan harian bernilai RM50 daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau.
Menurut, Naib Pengerusi 1 Persatuan Pelitawani TNB Bagan Serai, Maznah Mastor, “kami prihatin yang mana setiap tahun akan berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam menyampaikan sumbangan agar dapat mengurangkan beban menjelang Aidilfitri kepada golongan yang kurang berkemampuan,” kata beliau.
Penerima sumbangan, Sariah, 70 tahun dari Kampung Parit Abas berkata beliau gembira dan bersyukur menerima sumbangan tersebut kerana kini tidak bekerja kerana menderita sakit lutut sejak 5 tahun lalu.
-ZS-