Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Berwakaf ke Jalan ALLAH SWT Besar Nilainya

By 27 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 27 April (Malaysiaaktif) – Wakaf merupakan menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya mengikut hukum syarak.

Timbalan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Rembau Mohd Fuad Majid berkata wakaf yang berbentuk wang, tanah atau harta yang diniatkan ke jalan ALLAH SWT amat besar nilainya.

“Wang yang diwakafkan oleh umat Islam dapat membantu membina klinik, masjid, sekolah dan sebagainya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jelajah Hijrah Harta Sempena Bulan Wakaf anjuran dan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, PEMADAM, Agensi Anti Dadah dan Pejabat  Daerah dan Tanah Daerah Rembau, di sini baru-baru ini.

“Masyarakat boleh berwakaf serendah RM1.00 atau membuat potongan gaji serendah RM5.00 sebulan,” katanya lagi.

Program jelajah ini bertujuan menyedarkan masyarakat khususnya umat Islam di Rembau akan faedah dan manfaat berwakaf.

-ZS-

Tinggalkan komen anda